Sunday, March 6, 2011

CiNtA ^_^



Assalamualaikum.....

Pernah dengar ungkapan sebegini?

"Jodoh itu memang milik Allah,tetapi tidak akan datang kalau tidak dicari"

Ini biasa diungkapkan oleh sesiapa sahaja yang cuba untuk menghalalkan percintaan ..

Katanya,zaman moden,mana ada dah ibu bapa tolong carikan..tak rock la...ehe

Dan sekiranya kita menjelaskan cara yang betul,pastinya "hujah" mereka yang ingin menghalalkan cinta sebelum nikah ini lebih kuat...mereka berkata lojik akal yang memang boleh diterima akal..

Yela,kalau nak harap pada jodoh Allah,dengan duk rumah je,mana nak dapat jodoh,kalau tak kenal hati budi,mana nak bahagia,mungkin bawa perpecahan nanti kan?bulan tak kan jatuh diriba..KATANYA..

Memang betul,jodoh perlu dicari tetapi bukan dengan cara mencarinya dimana mana tapi carilah JODOH dalam ibadah kita..tak perlulah nak bercintan cintan ni..YAKIN PADA ALLAH ..

Nak dapatkan jodoh yang baik,soleh,segera,banyak kan berdoa padaNya ..itulah JALANNNYA ..

Allah sukakan hambanya yang banyak meminta padaNya..

Ajar diri  sendiri dan jadikan diri sendiri penuh dengan sifat yang disukai Allah.yakinlah,Setiap orang Allah dah tetapkan pasangan masing...

Sejak kita ni tak jadi baby lagi,duk dalam bentuk cacair lagi,mak bapak kita baru 2 minit akad nikah,Allah dah tetapkan jodoh kita..

Bagi mereka yang lewat bertemu jodoh(khawin),mungkin ada hikmah yang kita tak nampak...ala,hantu pun kita tak nampak,inikan pula hikmah dimasa depan...InshaAllah,akan bertemu jugak satu hari nanti cuma kita tak tahu bila,dimana,bagaimana dan siapa orangnya..Entah entah jodoh kita baru lahir time kita umur 20..waaaa...best d0e rasa ..ngee~^^

Berapa orang berani jamin,hari ini dia bercinta dengan seseorang tu,gerenti orang tu bakal jadi suami/isterinya kelak?

Fussshhh....Pengalaman sye sendiri,bercinta tak cekat nak rak juga,rancang itu dan ini,tapi last last.. tak jadi..tengok,kita duk sibuk nak tetapkan jodoh sendiri..(sebgai pnmbhn je,sye msh sngle kkk)^^

Padahal urusan jodoh ni bukan kerja kita..tapi KERJA ALLAH... kenapa kita nak curi kerja Allah nyer?

Dan siapa boleh jamin,semasa bercinta,dia mampu jauhi zina?jauhi kemurkaan Allah itu?? boleh jamin?

Jangan kerana termakan dakyah orang yang menghalalkan cinta kerna kononnya bulan tak kan jatuh ke riba kalau tak dicari,kita duk ikut kata orang tu sedangkan Allah dah tetapkan yang terbaik untuk kita..

Dan kesian la pada bakal suami/isteri kita,ada ke patut,sebab tak yakin dengan Allah,kita duk bercinta dengan orang atas dasar nafsu,maka tak jadi romantik la..tak dapat la anda kata kat bakal suami/isteri kelak "abg lah cinta pertama dan terakhir sayang" cceeeewwwwaaaahhh....geli..geli..haha..><

Apapun....YAKINLAH..CINTA YANG HAKIKI,CINTA YANG SEJATI HANYA CINTA PADA ILAHI..YAKINLAH ITU ... :)


uNtUk WaNiTa...

SMS DARI SEORANG LELAKI~SEKADAR SATU PERINGATAN
Janganlah pulak ada yang berkata; "Kau tu dah baik sangat ke nak nasihat orang?"
Dan saya rasa lebih indah kalau kita betulkan bersama-sama. Kita kan saudara..n_n
Bacelah ek...

Satu lagi pembacaan saya yang membuatkan saya tersentak. SMS ini memang sengaja ditulis dengan penulisan seorang lelaki. Ceritanya memperlihatkan bagaimana seorang muslimat di'rosak' dengan mudah hanya dengan kata-kata manis! Wahai sahabat-sahabatku... Moga Allah peliharamu daripada semua ini...

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…
2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…
3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..
4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..
5. Wak,selain family, Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?
6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..
7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..
8. Yang bi nak syg tau, sayanglah segalanya utk bi, syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!
9. Syg..da lama kite msg, leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..
11. Hi syg, watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..
12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..
13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh, trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..
14. Thanks jumpa td, syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..
15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…
16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..
17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji, abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...
18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .
 19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

****************************************************************
20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung, check balik k..
21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg, utk kebaikan kita berdua, lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..
22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!
23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..
24. sori syg, abg xbleh temankan syg ke klinik tu, abg malu klu terserempak dgn family or member, malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..
25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!
26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)
- wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
- si lelaki mencari mangsa baru..
- dan kejadian terus berulang..

Thursday, March 3, 2011

NoTa CiNtA uNtUk SuAmI....

Nota cinta utk suami
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.

Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.

”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.

“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.

Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.

Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.


”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.

Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.

Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.

”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.

Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.

Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.

Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.


Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah...

Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.

Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.

Ikhlas, Izhar...

Wassalam saudaraku Muhd Izhar...

Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...

Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNyaInilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…


“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.

Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.

Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...


Munajat Istikharah Cinta

Ya Allah, 
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dariMu
Berilah aku pilihan yang terbaik buatku
Dengan ilmu yang ada pada-Mu, 
Dan aku memohon kekuasaanMu 
Untuk menyelesaikan urusanku dengan keizinan kudratMu

Dan aku jua memohon kepadaMu 
Sebahagian dari kurniaanMu yang agung, 
karena sesungguhnya Engkau Maha Kuasa 
Sedangkan diri hambaMu ini pernuh dengan kekhilafan, 
Dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hambaMu ini penuh dengan kejahilan, 
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Yang telah Kau tetapkan buatku… 

Ya Allah, 
sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu
Adalah lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, 
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat, 
maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagiku, 
kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.

Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu
Adalah lebih buruk untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, 
serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat, 
Maka jauhkanlah fulan/fulanah dariku, 
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini, 
Dan takdirkanlah kebaikan untukku di mana pun, 
Kemudian jadikanlah aku redha menerimanya..

Dengan ini, aku bersujud padamu ya Allah
Mengharap dan merintih kepadaMu
Air mata yang mengalir ini 
Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu,
Yang manakah terbaik buat ku,
Sesungguhnya hidupku dan jua matiku 
Adalah semuanya Hanya kerana Mu
Moga Kau mengasihani diriku yang mendambakan petunjukMu.“