Saturday, January 22, 2011
Saturday, January 15, 2011
YUMMMMY.......;)
sedapnya...adui......cam ne nak buat ye kek macam ni....???
hahahaha....tegok la kat buku resepi.... ;)
ENAKMEN
NAMA BUKU: RINGKASAN SEJARAH PENULISAN HUKUM ISLAM DI MALAYSIA
PENGARANG: ABDUL KADIR BIN HAJI MUHAMMAD
PENERBIT: DBP 1996
MUKASURAT 213
BAB 1- Penulisan Awal Hukum Islam
1. Oleh sebab tidak ada dokumen yang lengkap tentang kedatangan Islam ke
Malaysia, berbagai-bagai teori telah timbul tentang tarikh sebenar kemasukan
agama Islam ke negara ini.
2. Walau bagaimanapun, terdapat bukti yang kuat menunjukkan bahawa Islam tiba
di negara ini sekitar abad ketiga Hijrah bersamaan abad kesepuluh Masihi.
3. Pada waktu itu, segala kegiatan tentang hukum sama ada berupa perintah atau
pengajaran dilakukan dalam bentuk lisan.
4. Kedatangan Islam kemudiannya merintis jalan ke arah menggunakan penulisan
sebagai media dalam menyampaikan perintah atau pengajarannya kepada orang
ramai dan masyarakat.
5. Tulisan jawi yang berasaskan huruf-huruf Arab telah mula diperkenalkan, dengan
beberapa tambahan untuk disesuaikan dengan bunyi yang terdapat dalam
bahasa Melayu.
6. Batu bersurat yang dijumpai di Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah
bersamaan 1303 M dianggap kemuncak kesempurnaan tulisan tersebut.
7. Batu Bersurat yang mempunyai empat penampang itu memproklamasikan
perundangan Islam kepada rakyat negeri Terengganu tanpa mengira pangkat
dan kedudukan.
8. Penulisan perundangan pada Batu Bersurat Terengganu amat ringkas iaitu
hanya mengandungi beberapa aspek kecil sahaja daripada perundangan Islam
yang amat luas itu.
9. Secara amnya perundangan itu terbahagi kepada 2 bahagian, pertama:
merangkumi bidang muamalat, kedua: tentang jenayah zina.
10. Penulisan undang-undang Islam yang terpahat di Batu Bersurat Terengganu
bukan sahaja dianggap tertua dalam bidang perundangan Islam, bahkan
mendahului ilmu lain yang ditulis dalam bahasa Melayu berhuruf Arab selepas
kedatangan Islam.
Hukum Kanun Melaka
1. Undang-undang Melaka yang dikenal sebagai Hukum Kanun Melaka dibuat
pada masa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, yang memerintah antara
tahun 1446 hingga 1456.
2. Hukum Kanun Melaka yang ditulis itu merupakan undang-undang bertulis yang
kedua yang mempunyai unsur-unsur perundangan Islam selepas undangundang
Islam pertama yang terpahat di Batu Bersurat Terengganu.
3. Melaka dianggap kerajaan Melayu pertama yang menyusun perundangan yang
mempunyai unsur-unsur syariah Islam.
4. Hukum Kanun seperti Undang-undang Jenayah, Undang-Undang Muamalat,
Undang-Undang Keluarga dan Undang-Undang Keterangan dan Acara
adalah berasal daripada hukum Islam.
5. Sultan Muzaffar Shah dianggap bertanggungjawab memerintah supaya
dikanunkan undang-undang Melaka secara bertulis.
6. Seri Nara Diraja merupakan orang yang bertanggungjawab menyusun Hukum
Kanun itu untuk Sultan Muzaffar Shah.
Hukum Kanun Pahang
1. Penulisan Hukum Kanun Pahang pada masa pemerintahan Sultan Abd
Ghafur Muhaiyuddin Shah, Pahang 1592-1614 adalah lanjutan daripada
Hukum Kanun Melaka.
2. Para sarjana telah sependapat bahawa Hukum Kanun Pahang ini kuat
dipengaruhi oleh perundangan Islam.Hampir separuh daripadanya diambil
secara langsung daripada perundangan Islam.
3. Undang-undang Islam yang terdapat dalam Hukum Kanun Pahang lebih
lengkap dan terperinci berbanding undang-undang Islam yang terdapat dalam
Hukum Kanun Melaka.
Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan
1. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan yang terdapat di negeri Perak
merupakan salah satu lagi bentuk penulisan perundangan yang mempunyai
unsur-unsur keIslaman yang dijumpai di Malaysia.
2. Undang-undang ini telah dibawa oleh Syed Hassan ke negeri Perak yang pada
masa itu berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Shah.
3. Undang-undang yang dibawa dari Hadramaut ini besar kemungkinan telah
mengalami perubahan untuk disesuaikan dengan masyarakat setempat.
4. Bentuk susunan undang-undang ini seakan-akan kandungan kitab al-ihkam fi
tamyiz al-fatawa an al-ahkam wa-al-tasarufat al-adi wa-al-imam karangan
Imam al-Qarafi pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah.
5. Sungguhpun terdapat unsur-unsur lain dalam perundangan itu, maka tidak
dinafikan ia juga mengandungi undang –undang yang bersumberkan
pengajaran Islam.
Sirat al- Mustaqim
1. Kitab Sirat al-Mustakim adalah hasil karya Sheikh Nuruddin al-Raniri
2. Merupakan antara hasil penulisan perundangan Islam terawal dan terbesar
dalam bahasa Melayu yang bukan berbentuk hukum kanun dan ia dianggap
sebuah kitab perundangan Islam yang berwibawa pada zaman tradisi hingga
beberapa lama kemudian.
3. Dihasilkan pada abad ke-11 H bersamaan abad ke-17 di Pahang.
4. Kitab perundangan Islam pertama yang lengkap mengandungi hukum-hukum
ibadat yang dijumpai di Tanah Melayu pada waktu itu.
5. Mengandungi hukum-hukum tentang pakaian orang Islam, berwuduk, bersugi,
mengerat kuku, mencabut bulu-bulu di badan, sembahyang, pengkebumian
jenazah, zakat, makanan dan seterusnya.
6. Ditulis bersumberkan buku-buku perundangan Islam yang ditulis oleh ulamaulama
Islam yang berwibawa daripada mazhab Syafi’i.
7. Merupakan sebuah kitab perundangan Islam yang amat berpengaruh dan
digunakan dengan meluas terutama di Acheh sehingga abad ke-19.
8. Kitab perundangan Islam ini memainkan peranan besar dalam menyampaikan
hukum ibadat kepada penduduk Islam yang tinggal di Gugusan Kepulauan
Melayu.
Bab 2- Penulisan Hukum Islam Pada Abad Ke-19
1. Siri pertama penulisan perundangan Islam yang dipelopori oleh para ulama ini
bermula di Pahang dengan karya Sheikh Nuruddin al-Raniri yang bertajuk Sirat
al-Mustaqim.
2. Diikuti dengan karya yang berjudul Mirat al-tullab li-marifat al-shariat al-Maliki
al-Wahhab yang dihasilkan oleh Sheikh Abdul Rauf Al-Fansuri.
3. Seterusnya karya Sabil al-Muhtadin lil-tafaqquh fi amr al-din yang dihasilkan
oleh Sheikh Muhammad Arshad al-Banjari. Kitab ini merupakan lanjutan atau
sambungan kepada kitab Sirat al-Mustaqim.
4. Pada pertengahan abad ke-11 H/17 hingga awal abad ke-12 H/18, siri penulisan
perundangan Islam ini telah berkembang di Terengganu.
5. Penulisan ini dipelopori oleh Sheikh Abdul Malik bin Abdullah atau lebih
dikenali dengan Tuk Pulau Manis.
6. Beliau hidup antara tahun 1650-1750 dan lebih terkenal dalam bidang penulisan
ilmu tasawuf dengan karyanya kitab Hikam Melayu, sebuah huraian yang
didasarkan kepada Matan Hikam, karangan Ibn Ata’illah (1616-1690).
7. Beliau telah menghasilkan tiga buah tulisan dalam bidang perundangan Islam.
Dua berbentuk risalah dan satu berbentuk kitab.
8. Karya-karya itu adalah Risalah naql, Risalah Kayfiyat al-Niyyah dan Kitab
Kifayah.
9. Pada abad ke-19, perkembangan penulisan ini berpindah ke Pattani. Pada
masa ini Pattani telah berkembang menjadi pusat pengajian Islam.
10. Pattani telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh ulama, antaranya Sheikh Daud
bin Abdullah al-Pattani yang banyak menghasilkan penulisan dalam pelbagai
bidang keilmuan keislaman; aqidah, tasawuf dan perundangan yang
merangkumi ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah.
11. Antara hasil karya Sheikh Daud ialah:
• Idah al-bab li-murid al-nikah bi-al-sawab
• Ghayat al-taqrib fi al-irth wa-al-ta’sib
• Nahj al-raghibin wa-subul al-muttaqin
• Bulugh al-maram
• Manasik al-Haj wa-al-Umrah
• Munyat al-Musali
• Hidayat al-muta’allim wa-‘umdat al-mu’allim
• Fath al-mannan li-safwat al-zubad li-waliyi Allah Ahmad ibn Ruslan
• Sullam al-mubtadi fi ma’rifat tariq al-muhtadi
• Al-Jawahir al-Saniyah
• Furu’ al-masail wa-usul al-wasail
• Bughyat al-tullab li-murid ma’rifat al-ahkam bi-al-sawab
• Al-Bahjat al-mardiyah
• Al-Sayd wa-al-zabaih
12. Sheikh Daud telah menghasilkan sebanyak 13 karya dalam masa 33 tahun.
13. Sembilan kitab dihasilkan di Makkah, dua di Taif manakala dua lagi tidak
dinyatakan tempat ditulis
14. Dengan ini ternyata semenjak kedatangan Islam ke Alam Melayu, maka kitab
Siratul-Mustaqim karya Sheikh Nuruddin al-Raniri merupakan karya
perundangan Islam pertama tentang ibadat yang dihasilkan dalam bahasa
Melayu/Indonesia
15. Manakala kitab yang terbesar pula ialah Furu ‘al-Masail karya Sheikh Daud
Pattani
16. Ulama Terenganu turut menghasilkan karya perundangan Islam terutama dalam
hukum ibadat, khususnya mengenai sembahyang
17. Karya perundangan itu telah dihasilkan oleh Syed Muhammad bin Zainal
Abidin al-Idrusi yang masyhur dengan gelaran Tok Ku Tuan Besar
18. Antara karya perundangan yang dihasilkan ialah Sullam al-Tawfiq dan
Mukhtasar fiqh.
19. Selain Terengganu dan Pattani, Kelantan yang terkenal dengan gelaran
Serambi Makkah juga memainkan peranan dalam penulisan perundangan
Islam.
20. Kegiatan ini dikesan pada akhir abad ke-19 iaitu dengan kemunculan Sheikh
Abdul Samad Bin Muhammad Salleh al-Kelantani yang dikenali dengan Tuan
Tabal.
21. Tuan Tabal telah menghasilkan beberapa buah kitab perundangan Islam
antaranya ialah Kifayat al-‘awam, Bidayat ta’alim al-‘awam dan Minhat alqarib.
22. Pada akhir abad ke-19 lahir seorang ulama Pattani yang menghasilkan
beberapa penulisan dengan perundangan Islam, iaitu Haji Ahamad bin
Muhammad Zain bin Mustafa bin Muhammad Pattani dan lebih dikenali
dengan Tuan Guru Wan Ahmad Pattani.
23. Beliau lahir di Kampung Jambu, Pattani pada tahun 1272H/1855M.
24. Melanjutkan pelajaran ke Makkah dan diberi kepercayaan oleh Kerajaan Saudi
menjadi guru di Masjidil Haram.
25. Antara karya perundangan yang dihasilkan oleh Tuan Guru Wan Ahmad Pattani
ialah al-Bahjat al-mutadiin wa-farhat al-mujtaddin dan al-Fatawa al-
Fataniyah.
26. Boleh dikatakan hampir serentak dengan al-Bahjat al-mutadiin wa-farhat almujtaddin
dan al-Fatawa al-Fataniyah, lahir pula beberapa karya perundangan
Islam yang dihasilkan oleh ulama Pattani.
27. Antaranya Washah al-afrah wa-asbah al-falah dan Matla’ al-badrayn wamajma
al-bahrayn.
28. Kedua-duanya dihasilkan oleh Sheikh Muhammad bin Ismail bin Daud al-
Pattani.
29. Beliau dilahirkan di Pulau Duyong, Terengganu.
30. Zayn al-Abidin bin Ahmad juga dari Pattani yang terkenal dengan Tuan Minal,
turut menghasilkan kitab perundangan berjudul; Kasf al-lisan ‘an asilat alanam
dan Faedah pada menyatakan fadiah sembahyang dan puasa atas
mazhab Hanafi.
Bab 3-Penulisan Hukum Pada Abad Ke-20 Hingga Merdeka
Penulisan Tidak Khilafiyah
1. Merupakan lanjutan atau sambungan kepada penulisan para ulama pada abad
terdahulu.
2. Penggunaan teknik dan bahasa yang lebih mudah sesuai dengan
perkembangan masyarakat.
3. Pelaksanaan hukum tersebut dilakukan oleh para pemeluknya secara sukarela.
4. Pelaksanaannya terbatas kepada hukum ibadat, munakahat dan muamalat,
kerana hukum-hukum ini tidak memerlukan kuasa para pemerintah dalam
melaksanakannya.
5. Penulisan hukum Islam pada abad ke-20 ini boleh dikatakan pada
keseluruhannya tertumpu kepada perundangan Islam yang melibatkan hukum
ibadat, khususnya tentang bersuci dan sembahyang
6. Beberapa pembaharuan dilakukan dengan tujuan untuk menarik para pembaca
supaya membaca karya-karya tersebut.
Perkembangan Penulisan di Pattani
1. Sesuai sebagai pusat perkembangan Islam, Pattani banyak menghasilkan karya
perundangan pada abad ke-20.
2. Antara bahan-bahan yang dijumpai adalah:
• Inilah Risalah Segugus Bunga
• Kifayat al-Muhtadi pada Menerangkan Cahaya Sullam al-Mubtadi
• Risalah Kifayah al-Muhtadi
Penulisan di Kedah
1. Pada abad ini, Kedah telah melahirkan seorang ulama yang terkenal dan telah
menghasilkan penulisan dalam pelbagai bidang.
2. Tokoh yang dimaksudkan ialah Tuan Husain bin Mohd. Nasir bin Muhammad
Taib al-Mas’udi al-Banjari dari Kedah.
3. Dilahirkan pada 20 Jamadil awal tahun 1280H/1863 di Kampung Titi Gajah, Alor
Star, Kedah dan meningal dunia pada 18 Zulkaedah 1354H/1935M.
4. Mengarang tidak kurang daripada 13 buah buku dalam bidang akidah, tasawuf,
sejarah, hadith dan perundangan Islam. Antara kitab perundangan itu ialah:
• Hidayat al-sibyan fi-ma’rifat al-Islam wa-al-iman
• Hidayah al-nikah
• Majmu’ al-la’ali
• Bunga Ganti
• Fasl fi al-iktisab ‘ala talb al-halal dan Fasl fi al-tijarah
Perkembangan Penulisan Di Kelantan
1. Pada abad ke-20, Kelantan telah menampakkan satu perkembangan penulisan
yang agak pesat, terutama perkara yang berhubung dengan Islam.
2. Kota Bharu telah melahirkan tokoh-tokoh ulama dan ini telah menjadikan
Kelantan pusat penumpuan yang kedua selepas Pattani.
3. Antara karya perundangan yang terawal ialah hasil penulisan Haji Umar Ismail
Nuruddin al-Kelantani, iaitu:
• Jalan sejahtera
• Pengenal kesucian
• Pelajaran membahagi pusaka
• ‘Aqd al-falah
4. Karya terawal yang lain yang dapat dikesan ialah hasil penulisan Haji Nik
Mahmud bin Haji Nik Ismail yang bertajuk Cahaya purnama bagi
menerangkan ke jalan agama.
5. Seorang lagi ulama Kelantan yang menghasil karya perundangan Islam ialah
Ismail bin Kecik al- Mahmud.
6. Buku beliau bertajuk Hidayat al-‘awam ila sabil al-salam, selesai ditulis pada
tahun 1342H/1923 M.
7. Haji Ahmad Mahir bin Haji Ismail juga turut memberi sumbangan dengan
bukunya bertajuk Suluhan awam memperkatakan fardu ain dan ibadah.
8. Seorang tokoh ulama yang terkenal Muhammad Saleh Tok Kenali
menghasilkan karya perundangan bertajuk Kitab al-Siyam dan al-Haj.
9. Harun bin Muhammad al-Samad al-Kelantani menulis kitab bertajuk Durus altawhid
wa-al-fiqh wa-al-tasauf.
Penulisan Hukum Di Selangor
1. Antara karya perundangan yang dihasilkan oleh ulama Selangor ialah Kitab al-
Jawahir al-Safiyah fi mukhtasar Mazhab al-Syafiyah oleh Raja Haji Uthman
bin Raja Yahya, Kadi Besar Selangor.
2. Kitab seterusnya ialah Marilah Bersembahyang oleh Harun Taib Amin.
Penulisan Hukum Di Melaka
1. Antara tokoh-tokoh ulama Melaka yang menghasilkan penulisan dalam bidang
perundangan ialah, Abdul Hamid bin Ahmad Melaka al-Rawwa.
2. Beliau menulis risalah bertajuk Tahmid al-musalli pada tahun 1340 H/1921 M di
Kuala Kangsar, Perak.
3. Sayid Sheikh Ahmad Al-Hadi menulis kitab bertajuk Agama Islam pada bicara
i’tiqad dan ibadat dalam agama Islam pada tahun 1931.
Penulisan Hukum Di Pahang
1. Terdapat satu naskhah kitab yang dihasilkan di negeri Pahang.
2. Kitab ini bertajuk al-Jam’ al-raiq yang membicarakan tentang hukum makmun
yang masbuk dan muwafiq.
3. Dihasilkan oleh Haji Muhammad Amin bin Haji Muhammad Tahir
Mengakabdu ( Minangkabau ) semasa beliau bermukim di Kuantan.
Penulisan Hukum Di Perak
1. Antara ulama yang terkenal dan menghasilkan karya perundangan ialah Sheikh
Muhammad Tahir Jalaluddin.
2. Antara penulisan beliau ialah kitabnya yang bertajuk Irshad al-Khaid li-ilm alfaraid,
Pendapatan perbahasan ulama pada kejadian perbuatan dan
perusahaan hamba serta Perkara mengadap kiblat di dalam sembahyang
bagi makluman.
3. Ahmad Azam dan Sharif Zaini Daud telah menterjemahkan sebuah kitab
perundangan bertajuk al-Mu’in al-mubin.
Penulisan Hukum Di Johor
1. Antara karya perundangan yang dihasilkan oleh penulis Johor ialah
Pengetahuan Dalam Ibadat.
2. Penulisan lain ialah Bahagian keempat bagi pohon Islam Inna al-dinna ‘ind
Allah al-Islam karangan Haji Muhammad Said bin Haji Sulaiman.
Penulisan Hukum di Perlis
1. Pedoman Ibadat Puasa adalah antara karya yang dihasilkan oleh pengarang
berasal dari Perlis.
2. Buku ini merupakan hasil tulisan Abu Bakar al-Ash’ari.
3. Rujukannya banyak dipetik daripada ayat-ayat al-Quran dan hadith Rasulullah
s.a.w.
Penulisan Khilafiyah
1. Masalah Khilafiyah ini telah lama wujud dalam persuratan Islam.
2. Timbulnya masalah Khilafiyah ini ialah berpunca daripada pandangan yang tidak
sama tentang sumber-sumber hukum pada masalah tertentu.
3. Perbezaan ini terjadi kerana:
• Perbezaan memberi keutamaan kepada sumber-sumber hukum yang
diakui
• Perbezaan mentafsirkan sumber hukum yang sama
• Perbezaan memberi keutamaan dalam menggunakan dalil daripada
sumber hukum yang sama.
4. Di Malaysia, masalah khilafiyah timbul hasil daripada Gerakan Islah yang
berlaku di Makkah, Mesir dan India pada masa peralihan abad ke-19 dan ke-20.
5. Aliran mazhab Syafii khususnya dalam bidang perundangan mula tergugat pada
awal abad ke-20.
6. Pengaliran pemikiran ini berlaku kerana dua sebab:
• Beberapa orang pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di Mesir, Makkah
dan India pada masa itu dipengaruhi oleh konsep yang diasaskan oleh
Ibn Taimiyyah
• Kelahiran media cetak dari Timur Tengah seperti al-Manar dan ‘Urwat
Wuthqa serta majalah tempatan seperti al-Imam.
7. Kesan pendidikan yang diterima secara langsung dari negeri-negeri di Timur
Tengah dan India serta penyebaran majalah dari Mesir ke Gugusan Melayu
memberi impak yang besar terhadap kelahiran karya khilafiyah khususnya dalam
bidang perundangan.
8. Masalah-masalah khilafiyah yang pada mulanya dibincangkan secara lisan itu
dilanjutkan pula penyebarannya dalam bentuk tulisan.
9. Antara karya yang dijumpai adalah seperti berikut:
• Ma’na niat
• Manuskrip mengenai masalah daging dalam tin
• Bidaah talqin
10. Sebahagian besar karya-karya khilafiyah yang dihasilkan berlegar di sekitar
hukum ibadat dan terdapat sebahagian kecil yang melibatkan hukum
perkahwinan.
11. Ini menunjukkan khilafiyah dalam ibadat selalu menjadi perbincangan dalam
masyarakat pada masa itu.
12. Masalah-masalah yang dipertikaikan itu hanya melibatkan perkara cabang dan
bukan perkara pokok yang nasnya telah dinyatakan dengan terang sama ada
dalam al-Quran ataupun Hadith yang tidak mempunyai ruang lagi untuk
berikhtilaf.
Bab 4-Penulisan Enakmen
1. Sejarah penulisan hukum berbentuk enakmen ini bermula pada akhir abad ke-19
selepas orang Inggeris menguasai Tanah Melayu.
2. Inggeris memperkenalkan dan menguatkuasakan enakmen ini di Negeri-Negeri
Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada permulaannya.
3. Kemudian penggunaanya dilanjutkan ke Negeri-Negeri Bernaung.
Penulisan Enakmen Di Negeri-Negeri Selat
1. Pada tahun 1826, British mencantumkan Singapura, Melaka dan Pulau Pinang di
bawah satu pentadbiran dan dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.
2. Pada tahun1880, mereka memperkenalkan undang-undang mengenai
perkahwinan dan perceraian orang Islam.
3. Ia merupakan perundangan terawal dalam bentuk enakmen yang berhubung
dengan Islam yang pernah diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu.
4. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris dan tidak seperti penulisan
perundangan sebelum ini yang menggunakan bahasa Melayu dan Jawi.
5. Enakmen ini mengandungi empat bahagian dengan 33 seksyen yang
setengahnya diikuti pula sub seksyen.
6. Keseluruhan enakmen ini ditumpukan kepada atur cara pentadbiran dan
bukannya hukum substantif Islam itu sendiri dan sentiasa terdedah kepada
pindaan dari semasa ke semasa.
Penulisan Enakmen Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
1. Enakmen pentadbiran Islam yang diperkenalkan di Negeri-Negeri Selat turut juga
diperkenalkan juga di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ( NMB ) yang
merangkumi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
2. Perak adalah negeri yang pertama diperkenalkan dengan enakmen tersebut.
3. Perintah atau Order in Council pertama itu bertarikh 28 Februari 1880 mengenai
pungutan zakat.
4. Yang kedua pula bertarikh 5 Januari 1981, mengenai pengharaman pengebaran
bendera di masjid.
5. Peruntukan yang dilaksanakan di Perak dan Negeri Sembilan tidak jauh bezanya
daripada peruntukan sebelumnya, iaitu menekankan kepada aspek pendaftaran
perkahwinan dan perceraian tanpa menyentuh hukum-hukum substantif Islam itu
sendiri.
6. Ini berbeza dengan pelaksanaan di Pahang dan Selangor yang telah
memansuhkan beberapa peruntukan mengenai hukum-hukum substantif
kekeluargaan Islam itu sendiri.
7. Selangor turut memperkenalkan enakmen pentadbiran mengenai Islam. Antara
enakmen terawal yang dilaksanakan ialah perintah mengenai perlantikan kadi,
pendaftaran perkahwinan, perceraian dan kematian di kalangan orang Islam.
8. Pada tahun 1952, Selangor telah memperkenalkan undang-undang yang lebih
lengkap dan sempurna mengenai pentadbiran Islam.
9. Undang-undang itu disebut sebagai The Administration of Muslim Law
Enactment, 1952.
10. Kemudian undang-undang itu telah dipinda dari semasa ke semasa, tetapi tidak
jauh bezanya daripada undang-undang yang asal.
11. Negeri Sembilan turut memperkenalkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam.
12. Sama seperti Perak dan Selangor, Negeri Sembilan turut menyatukan segala
bentuk undang-undang pendaftaran perkahwinan dan perceraiannya.
13. Pada tahun 1949, Negeri Sembilan memperkenalkan satu enakmen baru iaitu
Undang-Undang Majlis Mesyuarat Agama, 1949.
14. Pada tahun 1957, Negeri Sembilan menggubal pula satu undang-undang yang
dikenali sebagai Undang-Undang Majlis Agama Islam 1957.
15. Akhirnya segala undang-undang tersebut disatukan ke dalam undang-undang
yang digubal selepas merdeka.
16. Pahang turut diperkenalkan dengan enakmen pentadbiran agama Islam.
17. Pada tahun 1920, Pahang telah menggubal satu enakmen baru bagi
menggantikan enakmen pendaftaran perkahwinan dan perceraian di atas.
18. Pada keseluruhannya boleh dikatakan enakmen-enakmen ini tidak mempunyai
banyak perbezaan di antara satu sama lain.
Penulisan Enakmen di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu
1. Sejarah penulisan enakmen pentadbiran Islam di Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu (NMTB) yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan
Johor, sama dengan sejarah penulisan enakmen di NMB.
2 Setiap enakmen pentadbiran Islam yang hendak diluluskan bagi setiap negeri
Melayu mesti terlebih dahulu disahkan oleh penasihat British yang dilantik bagi
setiap negeri tersebut.
3 Penggubalan enakmen di NMTB lewat diperkenalkan berbanding dengan
enakmen yang diperkenalkan di Negei-negeri Selat dan NMB.
4 Pada peringkat permulaan, enakmen-enakmen yang diluluskan di NMTB
ditumpukan kepada menggubal peraturan-peraturan mengenai perkahwinan dan
perceraian sahaja.
5 Kemudian baru diikuti dengan perkara lain, tetapi tidak menyentuh hukum-hukum
muamalat dan jenayah.
6 Perundangan ini telah dilaksanakan mengikut sistem perundangan British dan
hanya terhad kepada orang Islam sahaja.
7 Pada keseluruhannya boleh dikatakan enakmen-enkmen ini mula diperkenalkan
selepas tahun 1909, kerana bermula dari tarikh itu barulah British menguasai
secara rasmi negeri-negeri tersebut.
8 Seterusnya enakmen-enakmen pentadbiran Islam telah digubal dari semasa ke
semasa sehingga pada tahun 1938 barulah digubal beberapa enakmen yang
lebih lengkap dan sempurna berbanding dengan enakmen-enakmen yang
diperkenalkan sebelum ini.
9 Pada keseluruhannya, enakmen-enakmen yang ditulis kesemuanya dalam
bahasa Inggeris.
10 Dengan terlaksananya enakmen-enakmen pentadbiran Islam di NMTB, maka
kseluruhan negeri tersebut telah mempunyai undang-undang pentadbiran
Islamnya tersendiri dengan diberi nombor siri undang-undang mengikut negeri
masing-masing.
Kesimpulan
1. Pada tahun 1948, NMTB dan NMB digabungkan untuk menjadi sebuah
persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanan Melayu.
2. Bagaimanapun perkara tentang pentadbiran Islam dan penggubalan
enakmennya terus diletakkan di bawah kekuasan sultan negeri masing-masing
kecuali negeri-negeri Selat diletakkan di bawah kuaasa gabenor.
3. Enakmen-enakmen itu terus digubal dari semasa ke semasa sehinggalah setiap
negeri itu mempunyai enakmen yang berasingan tentang perkahwinan dan
perceraian, pelbagai kesalahan, zakat dan fitrah, undang-undang Baitulmal dan
undang-undang Majlis Agama Islam.
4. Semua enakmen Majlis Agama ini telah digubal selepas tahun 1948, iaitu
selepas berlakunya pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.
5. Sungguhpun begitu, badan ini tidak mempunyai kebebasan mutlak, kerana
setiap enakmen Islam yang digubal mestilah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat
Negeri dan mesti mendapat persetujuan daripada penasihat British.
6. Peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam enakmen-enakmen Islam itu
sebahagian besarnya menyentuh tentang masalah pentadbiran.
7. Disebabkan oleh pengaruh dan campur tangan British, terdapat beberapa
peruntukan yang bertentangan dengan undang-undang substantif Islam,
khususnya dalam enakmen kesalahan.
8. Kesalahan-kesalahan yang disentuh oleh enakmen-enakmen tersebut terbahagi
kepada 6 bahagian:
• Kesalahan berhubung dengan soal nikah kahwin.
• Persetubuhan secara haram.
• Minuman yang memabukkan
• Gagal menunaikan ibadat yang khusus seperti tidak sembahyang Jumaat
dan tidak berpuasa pada bulan Ramadhan.
• Penukaran agama.
• Pelbagai jenis kesalahan lain, seperti mengajar tanpa tauliah, menyebar
ajaran sesat, membina masjid atau surau tanpa kebenaran atau
sebagainya.
9. Ada yang berpendapat, hukuman yang terdapat di dalam enakmen tersebut
merupakan takzir semata-mata dan tidak bertentangan dengan undang-undang
substantif Islam.
10. Pendapat ini jelas sekali kurang tepat kerana hukuman tersebut tercatat dengan
jelas di dalam al-Quran dan Hadis. Dengan itu tidak boleh digolongkan ke dalam
hukum takzir.
11. Akhirnya segala enakmen yang digubal secara berasingan itu dicantumkan ke
dalam satu enakmen pentadbiran Islam yang lebih mencakupi, yang mula
dipelopori oleh Selangor pada tahun 1952.
12. Dalam bentuk yang baru ini, enakmen-enakmen asal yang berbagai-bagai itu
telah dijadikan sebahagian daripada antara 10 atau 11 bahagian yang terdiri
daripada beberapa bahagian yang baru diwujudkan.
13. Enakmen-enakmen baru ini tidak mempunyai banyak perbezaan dengan
enakmen-enakmen asal yang mana berada di bawah pengaruh British.
14. Peruntukan-peruntukan seumpama itu seolah-olah bertujuan untuk mengawal
perkembangan Islam dan menyekat agama Islam daripada terus mempengaruhi
kehidupan masyarakat.
Rumusan
1. Daripada fakta-fakta yang telah dibincangkan dalm fasal-fasal di atas, pnulisan
hukum Islam di Malaysia telah dipelopori oleh 3 golongan yang berlainan.
2. Pada peringkat permulaan, ia telah dipelopori oleh pihak istana. Bagaimanapun
tidak dinafikan peranan para ulama dalam menjayakannya.
3. Peringkat berikutnya ia dipelopori pula oleh para ulama secara individu manakala
peringkat seterunya penulisan seperti itu telah dipelopori oleh pihak penjajah
British.
4. Ketiga-tiga peringkat penulisan ini berbeza antara satu sama lain, baik dari segi
bentuk mahupun kandungan dan bukan merupakan lanjutan antara satu sama
lain, tetapi merupakan karya-karya yang berasingan.
5. Penulisan yang dipelopori oleh para pemerintah ini ialah berbentuk Hukum
Kanun. Ia bermula dengan Batu Bersurat diTerengganu, kemudian diikuti dengan
Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Pahang dan Undang-undang 99 Perak.
6. Penulisan ini bersumberkan hukum Islam dalm bahasa Arab dan bercampur
aduk dengan hukum adat.
7. Penulisan-penulisan yang dipelopori oleh para ulama pula terbahagi kepada
penulisan perundangan tidak khilafiyah dan penulisan perundangan khilafiyah.
8. Penulisan dalam bentuk tidak khilafiyah hanya menyebut pendapat para ulama
yang selain kalangan mazhab Syafii secara sepintas lalu sahaja dan dengan
tujuan memperluaskan pengetahuan para pembaca semata-mata.
9. Penulisan dalam bentuk khilafiyah membincangkan sesuatu hukum secaa
terperinci dengan membuat kesimpulan tanpa terikat kepada pendapat mazhab
Syafii.
10. Kedua-dua bentuk penulisan ini dilahirkan oleh dua aliran pengajian yang
berlainan.
11. Penulisan tidak khilafiyah dipelopori oleh mereka yang masih kuat berpegang
dengan aliran pengajian mazhab Syafii, manakala penulisan bercorak khilafiyah
dipelopori oleh mereka yang terpengaruh dengan aliran pengajian Islah di Mesir,
Arab Saudi dan India.
12. Mereka mahu umat Islam kembali berpegang secara terus kepada al-Quran dan
as-Sunnah, mengamalkan Itjihad dan meninggalkan taklid dalam menyelesaikan
masalah hukum.
13. Walaupun begitu kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam karya mereka tidak
menunjukkan demikian.
14. Penulisan perundangan tidak khilafiyah telah memberi sumbangan yang besar
kepada umat Islam di Tanah Melayu dalam memehami segala bentuk hukum
Islam, mengikut mazhab Syafii.
15. Daripada karya-karya perundangan yang dapat dikesan, kemuncak penulisan
perundangan Islam telah dicapai oleh Sheikh Daud al-Pattani, pada abad ke-19
di Makkah.
16. Karya-karya para ulama yang bermastautin di Makkah merangkumi pelbagaibagai
aspek perundangan Islam seperti ibadat, muamalat, munakahat, jinayat,
kehakiman dan sebagainya.
17. Kegiatan penulisan berbentuk enakmen yang diperkenalkan oleh British
mempunyai perbezaan yang jelas dengan perundangan Islam yang
diperkenalkan oleh pemerintah atau para ulama pada zaman permulaan.
18. Oleh sebab enakmen-enakmen ini digubal di bawah pengaruh dan kekuasaan
British, ia hanya menyentuh sebahagian kecil daripada urusan pentadbiran Islam
yang begitu luas.
19. Terdapat juga beberapa peruntukan yang bersifat negatif terhadap
perkembangan Islam khususnya perkara yang berkaitan dengan dakwah, baik
berbentuk pengajaran atau pernyebaran buku-buku agama.
20. Enakmen-enakmen yang digubal pada masa penjajahan British lebih sempit jika
dibandingkan dengan peruntukan undang-undang Islam yang digubal oleh para
pemerintah negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British.
21. Malah ianya jauh lebih sempit jika dbandingkan dengan karya perundangan yang
dihasilkan oleh para ulama.

Saturday, January 8, 2011
TAFSIR AYAT AHKAM(AL-BAQARAH 221
PERKAHWINAN DEBGAN WANITA-WANITA MUSYRIK
221. dan janganlah kamu berkahwin Dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam); dan Sesungguhnya seorang hamba perempuan Yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) Dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam) dan Sesungguhnya seorang hamba lelaki Yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke syurga dan memberi keampunan Dengan izinNya. dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
PETUNJUK YANG DIPEROLEH DARI KANDUNGAN AYAT.
v Diharamkan kawin dengan wanita musyrik yang tidak mempunyai kitab dari Allah.
v Diharamkan mengahwinkan orang-orang lelaki yang kafir (baik pemuja berhala mahupun ahli kitab) dengan wanita-wanita muslim.
v Dibolehkan kawin dengan wanita ahli kitab(yahudi atau nasrani) sepanjang tidak ada ke khwatiran akan timbulnya mudarat bagi anak-anak(hasil perkahwinan itu.)
v Perbezaan martabat diantara manusia adalah dari hasil anak yang soleh.Kerana itu wanita yang beriman lebih baik dan utama dari wanita merdeka yang musyrik.
v Orang lelaki yang musyrik akan berupaya untuk membawa wanita mukmin kepada kekafiran terhadap Allah.Kerana itu tidaklah patut baginya mengahwini seorang mukmin.
Friday, January 7, 2011
SURAT CINTA UNTUK JIWA
assalamu'alaikum wbt..
-suatu perkongsian-moga dpt menghidupkan hati2 yg lesu dan layu..moga diteguhkan iman hingga saat kita bertemu dgnNy..amiin Ya Rabb
surat cinta untuk jiwa..
Surat ini ku tujukan untuk diriku sendiri
serta sahabat-sahabat tercintaku
yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan Rasul-Nya di atas segalany, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza,
lebih bermakna dan indah..
Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku
yang kerap kali terisi oleh cinta selain dari-Nya,
yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia,
yang terkadang melakukan segalanya bukan kerana-Nya,
lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang
jika dilihat dan dipuji orang,
entah di mana keikhlasannya.
Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan
kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil.
Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses..
Surat ini ku tujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapak jalan-Nya
ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani
bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba
melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya..
Surat ini ku tujukan untuk ruh-ku
dan ruh sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan?
Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka,
saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia,
saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.
Cuba lihat disana!
Hatimu menangis dan meranakah?..
Surat ini ku tujukan untuk diriku
dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong,
yang terkadang bangga pada dirinya sendiri.
Sungguh tiada satu pun yang membuat kita lebih di hadapan-Nya selain ketakwaan..
Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergelut terus dengan kefanaan..
Surat ini ku tujukan untuk hatiku
dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati,
saat tiada getar ketika asma Allah disebut,
saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut pada-Nya ketika maksiat dilakukan,
dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain..
Akhirnya surat ini ku tujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya..
meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam.
Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam, yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dari-Nya, "Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agama-MU, pada taat kepada-Mu dan dakwah di jalan-Mu"..
selawat~

SIHIR(AYAT DAN HADIS AHKAM)
Sihir, Sejarah dan Hukumnya
Tentang masalah hakikat sihir ini dijelaskan dalam Al-Qur’anul Karim yang berbunyi :
“Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaithan-syaithan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman itu tidak kafir tidak mengerjakan sihir) hanya syaithan-syaithan itulah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir. Maka mereka mempelajari sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat.” (Al Baqarah 102).

Sejarah Timbulnya Sihir
Disebutkan dalam tafsir Ibnu Katsir yang menyungkil riwayat dari As Sudi bahwa beliau berkata:
I. Dahulu kala syaitan-syaitan naik ke langit untuk mencuri kabar yang disampaikan oleh para malaikat tentang sesuatu yang akan terjadi di muka bumi berupa kematian, ilmu ghaib dan perintah Allah.
II. khabar tersebut disampaikan kepada para dukun dan ternyata kabar tersebut banyak terjadi sehingga para dukun membenarkan apa yang disampaikan oleh syaitan. Setelah syaitan mendapatkan pembenaran, mereka mencampur-adukkan satu kenyataan dengan tujuh puluh kedustaan.
III. Kemudian menyebar isu di kalangan Bani Israil bahwa ia mampu mengetahui ilmu ghaib sehingga tidak sedikit di antara manusia terpedaya dan tertipu.
IV. Namun Allah memberitahukan kepada Nabi Sulaiman as. tentang tipu daya syaitan tersebut, lalu Nabi Sulaiman as. memendam seluruh catatan kalimat di bawah kursi kerajaan dan tidak ada satu syaitan pun yang mampu mendekatinya.
V. Setelah Nabi Sulaiman as. meninggal, syaitan berubah wujud seperti manusia dan berusaha mengeluarkan catatan tersebut dari bawah kursi Sulaiman as. kemudian dia mengatakan kepada manusia: “Apakah kalian ingin mendapatkan harta karun yang tidak pernah terbayang.” Maka syaitan menunjukkan sihir yang dipendam oleh Nabi Sulaiman as. di bawah kurusinya lalu dipelajari oleh manusia dari zaman ke zaman.
Sebab-sebab Turunnya Ayat Sihir
Pada zaman Nabi Muhammad saw. tersebar tuduhan di kalangan orang-orang Yahudi bahwa Nabi Sulaiman as. mengajarkan sihir begitu pula malaikat Jibril dan Mikail, lalu turun ayat di atas sebagai bantahan terhadap tuduhan itu. Yang benar adalah bahwa Nabi Sulaiman u tidak pernah mengajarkan sihir apalagi sebagai tukang sihir, begitu pula kedua malaikat Jibril dan Mikail.
Hukum Dan Kedudukan Sihir
Sihir adalah perkara syaithaniyah yang diharamkan dan bisa merosak atau membatalkan serta mengurangi kesempurnaan aqidah, kerana sihir tidak terjadi kecuali dengan kemusyrikan.
Sihir secara bahasa adalah sesuatu yang halus dan lembut. Dan menurut istilah syariat sihir berupa jimat, santau, tenung, mejik atau ramuan-ramuan yang mampu memberi pengaruh secara fisik seperti sakit, membunuh atau memisahkan antara suami dengan isteri dan pengaruh secara rohani seperti gelisah bingung atau menghayal. Dan pengaruh terhadap mental contohnya adalah gila, stress atau gangguan kejiwaan yang lain. Ini berdasarkan kenyataan yang terjadi dimasyarakat dan diketahui orang ramai.

Hukum Mendatangi Tukang Sihir
Adapun mendatangi tukang sihir untuk bertanya kepada mereka merupakan dosa dan kesalahan yang besar yang menjadi penyebab tidak diterima solatnya selama empat puluh hari berdasarkan hadits yang diriwayatkan Imam Muslim dalam sahihnya dari Shafiyah bahwa Nabi bersabda:
“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, lalu menanyakan suatu perkara kepadanya, maka shalatnya tidak akan diterima selama empat puluh hari”.
Dan jika bertanya kepada mereka lalu membenarkan jawapannya, maka ia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Berdasarkan hadits yang diriwayatkan Al Hakim dengan sanad yang sahih dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal atau dukun, lalu membenarkan apa yang diucapkannya, maka ia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad .
Thursday, January 6, 2011
HUKUM KANUN MELAKA
Pendahuluan :
Pembukaan Melaka :
- Dibuka oleh Parameswara pada tahun 1402
- Berkembang menjadi Bandar Pelabuhan Antarabangsa pada abad ke15.
- Pada tahun 1414 Parameswara memeluk Islam dan agama Islam mula tersebar .
Latarbelakang Hukum Kanun Melaka (HKM) :
- Disusun dengan lengkap oleh Sidi Ahmad.
- Terbahagi kepada dua iaitu Hukum Kanun Melaka ( Undang-undang Negeri) dan Undang-undang Laut Melaka.
- Terdapat pengaruh Islam dan Hindu.
- Isi kandungannya meliputi undang-undang Jenayah, Muamalah, Kekeluargaan, keteranagan dan Acara.
Isi :
Undang-undang Islam dalam Hukum Kanun Melaka
1. Undang-undang Jenayah- terbahagi kpd 3 bahagian.
2. Hukum Qisas Dinyatakan sesispa yg mengambil nyawa (membunuh) orang akan dibalas bunuh.Orang Islam yg membunuh orng kafir tak dikenekan qisas. Dalam soal mencederakan anggota juga akan dibalas perbuatan yg sama dan setimpal. Hala ini selari dengan surah al-Maidah ayat 45. Hukum Diat Fasal 17 HKM menyatakan pembunuh dengan sengaja jika diberi maaf oleh waris akan dikenakan Diat(denda) Hal ini selari dengan mazhab Shafiee.Hukum Hudud berhubung dengan kesalahan zina,Qazaf,Mencuri, Minum arak dan Murtad. Sbgai cth kesalahan zina akan direjam sampi mati bagi yg tlh berkahwin dan disebat 100 x bagi yg belum berkahwin. Hal ini selari dengan surah anNur ayat 2 dan juga Hadith. Bagi kesalahan Qazaf akan disebat 80x sebatan.Bagi kesalahan minum arak akan disebat 40x sebatan. Hukum Ta’zir bagi kesalahan yg tidak dikenakan hudud dan qisas sprit mencuri tak cukup nisab akan dikenakan ta’zir. Cth akan diminta pulang smula barang yg dicuri atau digantung dileher dan di arak keliling kampong sebagai pengjaran.
Undang-undang Muamalah,
- Ini berhubung dengan jual beli, riba, sewa, pinjam meminjam ada dinyatakan dalam fasal 30HKM. Cth disebut dengan nyata haramnya riba, tidak blh berniaga dengan orng gila.
Undang-undang Keluarga
- Ini berhubung dengan perkahwinan,perceraian,wali talah dan sebagainya.Dlm hal ini semuanya selari dengan hukum Islam.
Undang-undang Keterangan dan Acara
- Hal ini adalah berkaitan dengan syarat-syarat menjadi Sultan seperit mesti Islam, adil, pengampun,pemurah dan sebagainy. Disini dinyatakan juga hakim/ kadi dilarang menerima hadiah.
Penglibatan Ulamak dlm soal pentadbiran negeri disebut dengan nyata. Ulamak dan Kadi terlibat aktif dalam soal pertabalan, perkahwianan pemakaman seseorang raja/sultan. Meskipun pengaruh Islam amat ketara dalam hokum Kanun Melaka, masih terdapat banyak pengaruh Hindu dan adat Melayu yang bertentangan dengan Islam seperti perkara di bawah.
Undang-undang yg Tidak Selari Dengan Islam :
1. Sultan berada di atas undang-undang ( Konsep Devaraja)
2. Hukuman qisas tidak dikenakan kepada sultan/ kerabat raja contohnya Raja Muhammad telah membunuh Tun Besar, hukuman dibuang negeri.
3. Hukuman hudud tidak dikenakan kepada sultan contoh Sultan Mahmud telah berzina dengan isteri orang.
Mengamalkan Diskriminasi Dalam Undang-undang :
- Tidak amalkan persamaan taraf, ini kerana ada larangan memakai warna kuning, bina rumah seperti
Konsep Daulat dan Tulah :
- Amalkan konsep pantang derhaka kepada raja/sultan walaupun memerintah dengan zalim.
Pengaruh adat Temenggung :
- Mengikut Yusuf Hashim hanya 41% sahaja Hukum Kanun Melaka yang mempunyai Islam dan selebihnya pengaruh daripada Adat Temenggung.
Kesimpulan :
Walaupun HKM diamalkan dengan meluas di Melaka dan menjadikan Islam sebagai rujukan namun masih ada ruang yang bertentyangan dengan syarak.
Subscribe to:
Posts (Atom)