Wednesday, December 29, 2010

DOA MUSTAJAB

Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa'ilhaamal malaikatiil muqarrabin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman Nabi-Nabi, dan hafalan para Rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakan kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

 Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa

Maksudnya : "Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu . . ."

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
  
 Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas hu Allahumma zakkrnii maa nasiit (3 kali)
Maksudnya : "Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yaang aku lupa"


Doa memohon kerjayaan cemerlang
(Di baca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan) 

Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasr alaal a'daa'

 
Maksudnya ; "Ya Allah kami memohon kejayaan dalam setiap kentetuan, tempat para syuhada dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh."





Friday, December 24, 2010

adakah dia utk ku.......



  •  satukan hatiku dengan hatinya,sekiranya dia terbaik untukku...jauhkan hatiku dengan hatinya sekiranya dia bukan milikku..........
  •  lelaki yang soleh untuk wanita yang solehah,dan begitu juga sebaliknya..............
  • jagalah tingkah laku kalian untuk menemui pasangan yang terbaik untuk hidup anda di dunia dan akhirat....
  • jagalah hak Allah insyaAllah,Allah akan menjaga hak anda.............. =)

Wednesday, December 22, 2010

ALEXANDER ADALAH ZULKARNAIN

ISI KANDUNGAN
BAB 1: Alexander The Great Di Dalam Tafsir Al-Quran

BAB 2: Alexander The Great di dalam Teks Yunani-Rom Kuno: Nama Alexander Dicemari

BAB 3: Para Penguasa Dunia (1010 – 330sm) Menjelang Kedatangan Alexander The Great

BAB 4: Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj dan Makjuj 

BAB 5: Oasis Monoteisme di Tengah-Tengah Gurun Tandus Paganisme Yunani 

BAB 6: Peringkat Awal Kempen Pembebasan Alexander: Yunani Menentang Parsi

BAB 7: Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem 

BAB 8: Pengembaraan Alexander Membebaskan Mesir (Barat)

BAB 9: Pembebasan Alexander The Great ke Arah Timur

BAB 10: Alexander Memasuki Lembah Fergana di Asia Tengah

BAB 11: Alexander Bertemu Bangsa Cina Nomad di Lembah Fergana

BAB 12 : Alexander  Membina Kota Alexandria Eschate dan Tembok Besi                 
BAB 13: Konflik Dalaman Alexander dan Penganut Paganisme Yunani 633

BAB 14: Jawapan kepada Tuduhan

SINOPSIS
 "Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)

Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'

Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.

Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.

Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem *  Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.

Monday, December 20, 2010

Salam Alaik.......


  •  hanya kepada-mu aku bermohon dan meminta perlindungan.Berilah aku kekuatan untuk mengharungi hidup ini dan matikanlah aku dalam Iman.
  • Betapa besar kasih sayangMu,hingga KAU beri aku roh mulia ciptaan -MU,betapa murahnya rezeki yang kau limpahkan kepadaku hingga aku dapat makan dan minum.......
  • Ya Illahi Rabbi,jangan biarkan aku mencintai dunia melebihi cintaku padaMu dan jangan biarkan aku mencintai diriku melebihi cintaku oada Mu......

Friday, December 17, 2010

Renungan.....

 lidahku kelu memanggil nama-MU,ya Allah,Bimbinglah ucapanku untuk bermohon dan bermunajat pada-Mu.
Ya Allah,Engkau yang menundukkan matahari dan bulan,Engkau yang mengedarkan galaksi-galaksi Engkau yang mengatur segala urusan...
Ya,Allah,segala keagungan hanyalah milik-Mu,Engkau pemilik kehidupan dan kematian,kumohon petunjuk-Mu,ku mohon bimbingan Mu

HADIS-HADIS.....

1) Ganjaran menyampaikan ILMU....

.
عن ابي أمامة الباهلي رضي الله عنه عن النبي صل الله عليه وسلم قال : ان الله وملا ئكته وأهل السماوات ولأرض حتى النملة في حجرها.وحتى الحوت ليصلون على معلم الناس الخير.

maksudnya.....: daripada Abu umamah al-bahili,Rasulullah s,a,w b'sabda : ''sesungguhnya Allah,malaikat dan ahli(penduduk langit dan bumi : hinggakan semut dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan dilaut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.....

2) Mesi mengamalkan ISLAM walaupun terasing....

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صل الله عليه وسلم قال بدأ الاسلام غريبا.وسيعود كما بدأ غريبا,فطوبى للغرباء...
 maksudnya.... : daripada Abu Hurairah r,a Nabi s,a,w bersabda, '' Islam bermula dalam keadaan terasing.ia akan kembali asing seperti permulaannya,maka ,berbahagialah untuk orang yang terasing...( Riwayat Muslim). 

Thursday, December 16, 2010

kata-kata hikmah ;)

sahabat yang baik adalah sahabat yang apabila kita bersamanya kita akan sentiasa ingat kepada Allah dek kerana nasihat dan perkongsian Ilmu dan agama bersamanya,yang mampu mentarbiahdiri kita untuk terus berusaha meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.Tetapi sahabat juga mampu mengheret kita ke arah kebinasaan disebabkan kejahilan yang dicerminkan ke dalam diri seseorang.......

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.....

Saturday, November 6, 2010

Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan